Rabu, 01 Januari 2014
Adik bersubahat rompak abang

Gambar hiasan
KEMAMAN: Seorang adik tergamak bersubahat dengan dua rakan merompak abangnya yang membawa wang tunai dan kad prabayar telefon bernilai keseluruhan hampir RM80,000 milik syarikat tempatnya bekerja.
Difahamkan, dalam kejadian kira-kira 4.30 petang kelmarin, mangsa bersama rakan sekerjanya baru selesai memungut wang bayaran daripada kedai jualan kad prabayar di sekitar daerah ini.
Bagaimanapun, tindakan pantas seorang daripada mangsa menghubungi polis sejurus dirompak, membolehkan polis memberkas ketiga-tiga penjenayah terbabit yang bersenjatakan pedang samurai, parang dan tukul besi sejam selepas kejadian.
Ketua Polis Daerah Kemaman Superitendan Che Suza Che Hitam berkata, ketika kejadian, kedua-dua mangsa yang bekerja di sebuah syarikat telekomunikasi, dalam perjalanan dari Felda Kertih ke Bandar Baharu Kerteh menaiki sebuah Kancil dan membawa wang tunai sebanyak RM37,652 serta kad prabayar bernilai RM40,000.
Che Suza yang mengetuai gerakan memburu suspek berkata, pihak polis mengambil masa kira-kira sejam sebelum dapat menahan tiga penjenayah terbabit yang berhenti di lampu isyarat persimpangan Bandar Baharu Kertih, Kemasik, Bukit Anak Dara dan Bakau Tinggi.
Mengulas lanjut, beliau berkata, polis sedang menyiasat sama ada suspek bersubahat dengan abangnya merancang kes rompakan terbabit.
"Ketiga-tiga suspek ditahan di lokap polis IPD Kemaman dan akan didakwa di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan (KK) kerana melakukan rompakan bersenjata. Jika sabit kesalahan, semua mereka boleh dihukum penjara atau denda atau kedua-duanya sekali," katanya.
Label:
abang,
adik,
bersubahat,
rompak
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar